© Ustaz Ismail Haji Awang

ASSALAMUALAIKUM WBT & SELAMAT DATANG.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

.
Assalamualaikum Wbt & Salam Sejahtera.
.
Segala puji bagi Allah yang sebenar-benar pujian, selawat dan salam keatas penghulu kita iaitu junjungan besar Nabi Muhammad SAW, iaitu nabi yang sentiasa tekun dan sabar dalam membawa agama islam dan ajaran-Nya, walau menempuh pelbagai halangan dan dugaan. Terima kasih Ya Rasulullah, kerana jasamu kami masuk islam, kerana jasamu kami sembahyang, kerana jasamu kami beriman, dan kerana jasamu kami berjuang untuk islam, insya-Allah. Allahu Akbar. Juga kepada keluarganya, dan para sahabatnya serta pengikut-pengikutnya.
.
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpahan taufiq dan hidayah-Nya serta dengan keizinan-Nya, maka lahirlah satu laman blog terbaru ini yang diberi nama laman blog "Bersama Ustaz Ismail Bin Haji Awang". Terima kasih juga diucapkan kepada semua pengunjung-pengunjung laman blog ini, terutama kepada pengunjung-pengunjung setia laman blog ini dari dahulu sehingga kini.
.
Laman blog ini akan memaparkan pelbagai mesej-mesej ilmiah berbentuk agama, nasihat, galakan, kesedaran, keinsafan dan pelbagai lagi. Laman blog ini juga terdapat pelbagai iklan-iklan terkini yang mungkin sedikit sebanyak dapat membantu anda dan juga terdapat tiga laman sembang-sembang atau chat yang juga sedikit sebanyak boleh mengeratkan tali silaturrahim diantara sesama insan diseluruh negara atau dunia, insya-Allah.
.
Mudah-mudahan dengan lahirnya laman blog baru ini, ianya dapat membawa kearah kebaikan dan ana berharap juga agar semua pengunjung laman blog ini dapat menggunakannya dengan baik kearah kebaikan. Sesungguhnya semua yang baik itu datangnya daripada Allah SWT dan segala yang kekurangan itu datangnya dari kelemahan diri ana sendiri. Semoga beroleh kebaikan bersama. Wallah hua'lam.
.
Semoga Allah SWT membalas kebaikan.
Selamat berkunjung ke laman blog ini...
.
Terima kasih.
.
Ismail Bin Haji Awang.
Website :
www.ustaz-ismail.blogspot.com

>