
Hari ini tergerak hati saya untuk berkongsi pendapat dan pandangan mengenai penulis-penulis blog yang menulis sambil mencari rezeki di sebalik penulisan digital mereka. Girang rasanya dan terbuka kalbu kerana saya juga salah seorang dari penulis digital yang mencubit sedikit rezeki melalui tinta digital ini. Apa yang ingin saya tumpukan di sini ialah apabila timbulnya satu atau lebih persoalan mengenai pendapatan melalui blog. Tidak ramai yang mengambil kisah tetapi pernahkah kita terfikir atau...